PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan
1.Menyediakan Bilik Kaunseling Yang Kondusif Dan Teraputik.
2.Menerima Klien Tanpa Syarat Dan Prejudis.
3.Menjalankan Sesi Kaunseling Dengan Penuh Etika Dan Profesionalisme.
4.Berusaha Melindungi Identiti Klien Berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan Tertakluk Kepada Persetujuan Klien.
5.Menjalankan Sesi Kaunseling Dalam Tempoh 40 Hingga 60 Minit Bagi Setiap Sesi Individu Atau Kelompok.
6.Menepati Temujanji Bersama Klien Dengan Memberi Khidmat Yang Sesuai Dalam Tempoh 48 Jam.
7.Memberi Keutamaan Dengan Mengambil Tindakan Segera Bagi Klien Yang Memerlukan Kaunseling Krisis.
8.Berusaha Merujuk Klien Kepada Pihak Tertentu Dengan Persetujuan Klien Atas Dasar Limitasi Keupayaan Guru Bimbingan.
9.Memberi Maklumat Yang Tepat Dan Terkini Kepada Klien Dengan Penuh Jujur, Ikhlas Dan Beretika.
10.Membangunkan Potensi Individu Sebagai Model Insan Yang Mampu Menyumbang Kepada Negara.
VISI, MISI DAN MOTTO
Visi
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang terapeutik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.
Misi
Untuk merealisasikan visi , kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya.
1.Menguruskan program & aktiviti bimbingan & kaunseling dengan cekap & berkesan.
2.Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) & berakhlak mulia (SQ).
3.Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademiknya.
4.Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan & kaunseling.
5.Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
6.Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.
Moto
Sumber Kejayaan Anda, Di Bilik Kaunseling